Latar belakang Mohd_Akmal_Kamarudin

Beliau merupakan menantu kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Isteri beliau ialah Nusaibah binti Abdul Hadi. Bapa beliau ialah Tuan Guru Ustaz Kamaruddin Awang Basir, bekas Mudir Maahad Al Ehya Asshariff, Perak. Beliau melanjutkan pengajian rendah di Sekolah Rendah Agama Kuala Ketil, Kedah dan pernah belajar di Madrasah Islahiah Kampung Memali, Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak; Madarasah Ridhuaniah, Teluk Medan; dan Pondok Siliau, Negeri Sembilan. Beliau juga melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah; dan di Universiti Al-Azhar Mesir bagi pengajian Sarjana Muda Syariah. Beliau juga pernah menuntut ilmu di Maahad Tahzib & Kuliyah Al Imam Al Auza'i, di Damsyik, Syria.